Sunday, February 1, 2015

10 SAHABAT RASULULLAH SAW YANG DI JAMIN SYURGA

Part I
Assalamualaikum,

Salam syukur masih boleh membaca. =) 

Direct to the point, bila baca tajuk rasa apa? Xde rasa apa2? Bagus, ana (baca saya) pun sama. *Senyum.  

Ya. Dulu ana tidak pernah ambil tahu tentang Sahabat Nabi. Dan ana rasa ramai yang sedang membca post ini juga pernah atau sedang bersikap tidak kesah tentang sirah sahabat. 

Sebab???

Tiada kesedaran kenapa perlu tahu.

>Sirah di ceritakan semula kepada kita sebagai satu pengajaran HEBAT. Malah Allah menjadikan kita merasa kuat dan teguh dengan mengetahui sirah, seperti mana Nabi Muhammad SAW dahulu bertahan dengan sirah rasul sebelumnya. Allah berfirman:

“Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritkan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu, dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman” 
[QS Hud, 11: 120]

Dalam sirah pun ada 3 in 1! = Kebenaran + Nasihat + Peringatan ^_^

Sebab tu, kisah para Sahabat tentang siapa mereka, apa sumbangan meraka, apa ujian mereka, perlu kita ambil tahu untuk menjalani hidup dengan mencontohi MUKMIN unggul seperti mereka.

Tiada rasa penting untuk tahu.

>"Kalau tahu pun, bukan masuk final exam kan? Belajar sejarah Form 5 kenal 4 Khalifah dah cukup. ==” erk. 

Mungkin tahu kisah 10 sahabat ni bukan urgent, tapi IMPORTANT sebab bila kita dalam situasi URGENT dengan ujian dan dugaan, kita akan tahu bagaimana nak bertahan sebab kita belajar dari sirah 10 sahabat Rasulullah SAW melalui ujian dari Allah.

Tiada rasa cinta pada mereka.

>Para sahabat adalah orang sangat-sangat hebat dan teguh keimannya. Mereka adalah generasi pertama beriman dan terbukti sangat besar cintanya kepada Allah dan Rasul. Dan kita sewajarnya mencintai orang yang sgt mencintai Allah, kerana ianya membawa kita lebih dekat, lebih cinta pada Allah.


Kadang-kadang, ramai dari  kita pun, meski sudah di tarbiah, bila soalan tsaqafah tentang 10 sahabat di jamin syurga ini, jarang ada yang ingat semuanya. Jika di tarbiah sahaja begitu, apatah lagi yang tidak pernah dengan tentang sirah sahabat. ??

Justeru, ana memilih untuk mulakan Siri penulisan ini dengan harapan kita semua:

·         Part I : Menyedari kepentingan dan mahu untuk tahu siapa mereka
·         Part II: Mampu menghafal nama-nama sahabat hebat ini
·         Part III: Bisa menghayati pengorbanan mereka

dan akhirnya sama-sama mencontohi perjuangan mereka.

#Banyak lagi sahabat2 Rasullullah SAW yang boleh kita explore kisahnya. @o@
#Wait for next part k ^^,
#Trauma accident kurang bila ingat ujian para sahabat. Y


Syafiqah_mujahidah
Ujian Allah itu Indah
1 Feb 2015

1 comment: