Sunday, April 15, 2012

-------- k ------ e ---------- L --------- i ------------(@_@)-------- R ---------- u ----------------------------

KE*L+I-R.U

Tuhanku, ada masanya..
akal ini menjangkau batasan..
lelah menyapa saat berlari-lari mencari solusi,
bermipi menemui penghujung,
walhal..




keliru melingkari dalam sedar..
aku hanya mampu bergantung pada-Mu.

Sungguh, aku keliru..
Hilang dalam lautan pemikiran..
Lemas oleh ombak perasaan..
Mencari
Dan terus mencari..

Dia yang memegang dan mebolak-balikkan hati..
Maha Tahu isi hati ku..
Saat sedar ini,
Aku hanya mampu mengharap,
mengidam satu impian..
Cuma satu……………………




Satu sahaja..
Tsabatkan aku dalam perjuangan-Mu..
Teguhkan aku dalam kefuturan,
Tetapkan hatimu untuk terus berjuang sebagai insan beriman..

Yakin ku teguh padaMu..
Walau aku masih keliru..
akan terlerai jua runsing diam..
terlihat jua jalan-Mu..

Monday, February 27, 2012

Hadiah dari Pencipta Malam

Malam itu,
Ada jiwa-jiwa hidup berkumpul,
Mencari ‘sesuatu’,
Hati masing-masing menuntut di ikhlaskan,
meski serabut  tenang jua,
Menyatu di bawah payung malam-Nya.


Sang cerita mengetuk pintu bibir,
Dari dasar hati ia berkongsi,
Merungkai yang pasrah, lemah dan lelah

Bukan niatnya untuk membuka apa yg tertutup,
Bukan pintanya untuk menghebahkan apa yg tersimpan.
Bukan harapnya untuk melihatkan apa yang tersembunyi,
Sekadar luahan yang terbeku dalam luka hati.

Tapi,
Kemudian Dia mencipta bahagia yang manis,
Sebagai hadiah terindah dari Pencipta Sang malam,  

agar,
pemilik hati itu, tenang kuat bertahan,
agar,
empunya jiwa itu, tabah bersandar hanya padaNya,

malam itu,
membekas bahagia dalam duka,
meninggalkan parut keinsafan dalam muhasabah

kemudian……..



hati yang berhimpun terbang pulang ke dalam sangkar ukhuwah,
terus tsabat menuju redha-Nya.



insya;allah…………………..
-amin-


"---indah tar terungkap perasaan itu..thanx Allah(^_^,)"

Tuesday, February 14, 2012

Life is a choice!

Life is a choice

Hidup ini pilihan. Satu frasa yang cukup mudah tapi memberi makna yang mendalam. Mudah untuk di ungkapkan tapi ramai gagal memahaminya dengan baik. Yang pasti terlalu banyak persimpangan dalam kehidupan dan bila saatnya untuk memilih, pilihan itu ada di genggaman kita.

Kita kalah jika kita pilih mengalah.


Kita lemah jika kita pilih berdiam diri.


Kita gagal jika kita pilih putus asa.



Kita bermusuhan jika kita pilih bersangka buruk.

kita malas jika kita pilih tak rajin……heeeeeee..

Memang takdir tuhan itu wujud, ada qada’ dan qadarnya. Tapi masih ada pilihan yang di berikan Pencipta pada kita dan kita sememangnya boleh memilih. Terpulang pada kita kita untuk menilai peluang memilih yang Dia berikan.

Jika kita pilih mencari hidayah, Dia berikan Nur.
Jika kita pilih jalanNya, Dia tunjukkan arahnya.
Jika kita pilih membantu agamaNya, Dia turunkan pertolongan.
Jika kita pilih untuk berjuang, berjihad demiNya, Dia hadiahkan Jannah….

Jika kita pilih husnuzon, Allah berikan yang terbaik!

"Aku adalah bergantung kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Jika ia bersangka baik (kepadaKu), kebaikanlah (yang akan Aku berikan) untuknya. Namun jika ia bersangka jahat (kepadaKu), kejahatanlah (yang akan Aku berikan) untuknya” (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 6051).

JanjiNya yang terlalu pasti akan tertunai. Sekali lagi, TERPULANG pada kalian!
You choose what your ending. You choose what your life would be.
But one thing we always neglected.
We, I mean everyone. Of course want to choose heaven.
Right??

then why MOST of people are following road to the ---- and ignoring the straight pathway??
   

Thursday, January 26, 2012

Lapangkan hatimu..

Akhwatku..hidup ini penuh dugaan..ada liku-liku berduri, ada semak yang menyemak, ada batu yang menghalang, ada ranjau yang mencabar…


Berliku-liku kan, umpama jalan hidup kita….

tapi lapangkanlah hatimu..tenangkan dirimu bila ditimpa musibah..kembalilah pada tujuan asal hidupmu…

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadamu.(51:56)”

Relax dear…cool down..(^_^,)…do remember this..
“once you do something, always correct your “niat”..
When you do something not for Him.. you will get nothing..
Everything is because of Him.. put that deep and strong in your heart…

Memang betul..fitnah, khabar angin, kegagalan, kehampaan..semuanya silih berganti..mengapa begitu?
----kerana engkau telah memilih jalan kebaikan, jalan menuju syurga, jalan yang sememangnya sukar dan engkau sendiri mengerti…
Di jalan ini…Allah pasti mengujimu dengan kesukaran, kerana Dia menyediakan syurga yang terindah buatmu…tapi teruslah hidup dengan kebahagiaan…


 
jangan biarkan hati kita memberontak..syaitan begitu mudah menghasut bila ada rasa benci, dendam di dalam hati..tanpa kita sedar, kita pun sedang menganiaya diri dan mungkin juga orang lain..

ingatlah..kita hidup dalam perlumbaan kebaikan..tapi biarlah kita berlari dengan hati yang bersih, sentiasa bersangka baik dan positif..
Jum pakai topi nie…



"TERUSLAH BERBUAT KERANANYA"
ika_118"

Monday, January 9, 2012

ana dan basikal!

ana dan basikal…

suatu pagi yg indah! ana bangun awal dgn semangat yg berkobar-kobar. why?
sebab nak belajar main basikal...(kena tulis kecik sikit..hehe..)…di temani kak nurul secara paksa rela, insya’allah dia rela….sebelum naik basikal da cuak..sumpah, budak kecik tengok pun boleh gelak guling2…tapi, pantang menyerah sebelum jatuh! Ana pun cuba naik basikal yg di miliki secara mutlak oleh jiran depan kepada jiran depan rumah sewa tumpangan aku punya jiran depan..pening!
.. ana dgn semangat waja dan besi nak belajar nie…malangnya..x dapat nak kayuh pun..=(
“Basikal tinggi sangat nie”, alasan yang mampu keluar dari bibir. “Okay, xpe. Jum kita amik basikal suami kak Ain pulak. Tu rendah sikit kot”.kak nurul member idea bernas. Dan memang basikal tu lagi rendah. Lepas amik basikal tu, kak Ain pun kuar rumah. Dia nak join sekali. Dan ana masih gagal! Nak kayuh tapi tengok bawah, memanglah jatuh!  Tak seimbang!
“xpe, naik je. Kayuh tengok depan. Akak ngan kak nurul pegang tepi.”wahhhhhhhhhhhh………….
Sampai camtu sekali tau nak bagi ana pandai gak kayuh basikal. Huhu..terharu.
So, ana pun mengayuh basikal diiringi kak ain dan kak nurul. Ish2..parah sungguh rasa tahap ketidakupayaan diri ini mengayuh basikal..kejap2 nak jatuh. Kejap2 stop. Sabar je la akak berdua yg menemani tu.
Bila da boleh kayuh sikit2 tu, rasa cam hepi jew, walaupun tangan “keras” masa pegang handle. Kami rotate dalam area rumah kat situ je. X sempat pun habis one rotation, sangkut!!! Rantai basikal tu da termasuk ke dalam “lokasi” yg aku xtau namanye.  Crack! Retak semangat nak main basikal.
“eh, lupa lak. Basikal nie ada gear. Xleh reverse.””ok..maksudnye?”. maksudnye, aku da reverse masa kayuh sampai rantai tu boleh tersepit kuat tahap 5!
Dengan susah payah. Kami bersinergi mengeluarkan rantai basikal tu. Ditemani nyamuk pagi, memang menduga iman. Jari-jemari macam dicelup dalam minyak hitam. X boleh nak sentuh mana2. Kalu x naya lah baju! Dengan segala kudrat, teknik dan strategi, kami masih gagal. 5 minit belajar basikal, betulkan basikal rasanya nak cecah 50 minit..huhu.
Paku? Minyak motor? Itulah senjata kami. Tapi gagal juga. Degil sungguh rantai tu! So kak Ain pun mengambil keputusan untuk amik perkakas yg betul kat rumah dye. Perjuangan diteruskan. Strategi membuahkan hasil! At the end, berjaya la juga. Basikal tu da ok! Fuh!  Macam mekanik expert you know! <<walaupun kak Ain je yg amik course Mechanical Engineering.
Pengalaman manis hari ini yg memberi tarbiyyah secara tidak langsung kepada ana. Hanya yg mengalami akan memahami. Perancangan kita penuh dengan cita-cita. Tapi perancangan Allah lebih indah. Dia tahu, lagi banyak kami akan peroleh dengan membaiki basikal tu berbanding keseronokan bawa basikal tu. Huhu. Thanks kak Ain, kak Nurul. This moment will be my inspiration to be brave to CYCLE! Hehe..doakan la ana cepat sikit belajar naik basikal..dakwah membutuhkan!



                                                 ana pasti boleh!

 p/s: seriyesli..ana memang pernah pandai bawak basikal, cuma da lama x praktis plus xde keyakinan diri. tu yg kena amik "kursus" bawak basikal tu.