Wednesday, May 25, 2011

aq main2 syak bah........

                    Aq men2 syak bah....

Kedengaran gelak tawa memecah keheningan pagi. Ku lihat sekumpulan anak muda sedang bergelak sakan selepas mengenakan salah seorang daripada mereka. Bila sahabat yang malang itu mula murung, masam mencuka..datanglah dalang jenaka memujuk.
“La..ko merajuk ka? Ndak kool betul la..lek la beb..aq men2 syak bah tu tadi....”
Lalu sahabat itu mula terpujuk. Walaupun sering di permainkan, ia sudah lali. 

Memetik kata2 pensyarahku, 

“Bila kita sudah terlalu biasa melakukan sesuatu, ia menjadi sebahagian daripada DNA kita.”

Perangai suka bergurau itulah yang telah menjadi DNA dalam diri pemuda pemudi islam hari ini . DNA yang menjadi genetik generasi terdahulu, hari ini dan NAUZBILLAH, generasi masa depan.  Masakan tidak, umat islam tidak lagi sedar apa tujuan kita di hidupkan, kita lupa perjanjian kita dengan Sang Pencipta untuk menyerahkan seluruh jiwa raga padanya sedangkan kita memperbaharui perjanjian tersebut 5 kali sehari.
.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya bagi Allah!

“Aku gurau jak pun..”   “ I’m just kidding fren...” “ish! Ko ni, aq men2 syak lah...”

Wahai saudara seislamku, cukuplah segala gurau senda kita itu. Kerana itulah kita melupakan akhirat, mengejar duniawi yang sementara, sedang Allah berkali-kali mengingatkan kita dalam Al-Quran...
“ Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui..”(Ar-Rum: 64)
“....Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat..”( Ar-Ra’d: 26)
Jelas dan mudah difahami bukan pesanan ini??  Namun kita membutakan mata, memekakkan telinga, agar kita menjadi golongan yang tidak mengetahui kebenaran ini. Malah, kekasih Allah yang sepatutnya menjadi junjungan kita, Muhammad ya Rasulullah telah bersabda..

Daripada Abdullah ibn Umar r.a,katanya, Rasulullah saw memegang bahuku, seraya berkata: “Jadikanlah dirimu di atas dunia ini sebagai perantau atau pengembara. Ibn Umar berkata, apabila kamu berada di waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada di waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu...” Hadis riwayat al-Bukhari

Betapa Rasulullah turut mengingatkan kita agar menjadi perantau, yakni duniawi cuma persinggahan, bertepatan dengan firman Allah di atas. Sesungguhnya dalil tersebut adalah benar. Allah telah meminjamkan kita jasad, buka untuk kita gunakan untuk memenuhi keinginan nafsu, tetapi sebagai alat untuk menjaga roh kita. Mudah-mudahan kita mampu mencari bekal akhirat secukupnya dengan segala pinjaman lain iaitu tubuh badan kita yang lengkap dengan kudrat empat kerat. Jangan sesekali biarkan diri ini mejadi hambaNya yag menerima WARNING daripada Allah seperti dalam dalilnya..

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang( duniawi),maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahanam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."(Al-Isra: 18)

Allah telah memberi kita terlalu banyak peluang. Bila mana hati kita ini telah di ketuk untuk menghampirinya melalui tarbiyah, jangan sesekali tidak mengendahkannya. Sambutlah ketukan itu dengan semangat baru untuk memperbaiki diri menjadi soleh, dan seterusnya sebagai seorang musleh(orang yang mengajak orang lain menjadi soleh). Mungkin saja daripada perubahan kecil, suatu masa nanti kita mampu untuk bergerak pula dalam jalan dakwah sebagai Da’ie( pendakwah) yang menyeru umat menuju redha Ilahi.

Akan tetapi, pasti ramai yang akan memberi alasan.
 “ilmu tak cukup lagilah nak tarbiyah orang lain...” 
“Ish, uztaz dan ustazah kan ada, tak payah lah aq nak sibuk nasihat orang.....”

Semua ini hanyalah alasan bagi orang yang lupa bahawa setiap insan punya kewajipan untuk menyeru ke arah yang baik, mencegah kejahatan(amar ma’ruf nahi munkar). Rasulullah sendiri telah berpesan, 'sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat'.
Marilah kita, generasi akhir zaman yang di selubungi kemungkaran menanam azam untuk menamatkan segala kerosakan umat. Jadilah generasi yang ‘luar biasa’ pada zaman ini. Berhentilah dari terus bermain dan bermain. Kita bukan hidup untuk dunia tetapi hidup untuk akhirat. Jika kita mengejar duniawi, kita akan letih, tetapi jika kita mengejar ukhrawi, birpun letih, insya’allah kita berehat di syurga. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang rela berjuang di jalan Islam, kerana setiap yang kita lakukan demi Islam adalah pelaburan saham akhirat yang terbaik. Hayatilah firman kukuh berikut


“Barangsiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik , maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya,dan baginya pahala yang mulia”(Surah 57: ayat 11)

“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya da berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang ebik baik jika kamu mengetahui.”( Surah 61: ayat10-11)

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia akan melipat gandakan (balasan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha mensyukuri,Maha Penyantun”(Surah 64: ayat17)

Suhanallah..betapa Pemurahnya Allah. Masihkah kita ingin lemas tenggelam dengan pemainan dan gurau senda dunia??????

wallahualam..........(^_^)

1 comment: