Monday, January 9, 2012

ana dan basikal!

ana dan basikal…

suatu pagi yg indah! ana bangun awal dgn semangat yg berkobar-kobar. why?
sebab nak belajar main basikal...(kena tulis kecik sikit..hehe..)…di temani kak nurul secara paksa rela, insya’allah dia rela….sebelum naik basikal da cuak..sumpah, budak kecik tengok pun boleh gelak guling2…tapi, pantang menyerah sebelum jatuh! Ana pun cuba naik basikal yg di miliki secara mutlak oleh jiran depan kepada jiran depan rumah sewa tumpangan aku punya jiran depan..pening!
.. ana dgn semangat waja dan besi nak belajar nie…malangnya..x dapat nak kayuh pun..=(
“Basikal tinggi sangat nie”, alasan yang mampu keluar dari bibir. “Okay, xpe. Jum kita amik basikal suami kak Ain pulak. Tu rendah sikit kot”.kak nurul member idea bernas. Dan memang basikal tu lagi rendah. Lepas amik basikal tu, kak Ain pun kuar rumah. Dia nak join sekali. Dan ana masih gagal! Nak kayuh tapi tengok bawah, memanglah jatuh!  Tak seimbang!
“xpe, naik je. Kayuh tengok depan. Akak ngan kak nurul pegang tepi.”wahhhhhhhhhhhh………….
Sampai camtu sekali tau nak bagi ana pandai gak kayuh basikal. Huhu..terharu.
So, ana pun mengayuh basikal diiringi kak ain dan kak nurul. Ish2..parah sungguh rasa tahap ketidakupayaan diri ini mengayuh basikal..kejap2 nak jatuh. Kejap2 stop. Sabar je la akak berdua yg menemani tu.
Bila da boleh kayuh sikit2 tu, rasa cam hepi jew, walaupun tangan “keras” masa pegang handle. Kami rotate dalam area rumah kat situ je. X sempat pun habis one rotation, sangkut!!! Rantai basikal tu da termasuk ke dalam “lokasi” yg aku xtau namanye.  Crack! Retak semangat nak main basikal.
“eh, lupa lak. Basikal nie ada gear. Xleh reverse.””ok..maksudnye?”. maksudnye, aku da reverse masa kayuh sampai rantai tu boleh tersepit kuat tahap 5!
Dengan susah payah. Kami bersinergi mengeluarkan rantai basikal tu. Ditemani nyamuk pagi, memang menduga iman. Jari-jemari macam dicelup dalam minyak hitam. X boleh nak sentuh mana2. Kalu x naya lah baju! Dengan segala kudrat, teknik dan strategi, kami masih gagal. 5 minit belajar basikal, betulkan basikal rasanya nak cecah 50 minit..huhu.
Paku? Minyak motor? Itulah senjata kami. Tapi gagal juga. Degil sungguh rantai tu! So kak Ain pun mengambil keputusan untuk amik perkakas yg betul kat rumah dye. Perjuangan diteruskan. Strategi membuahkan hasil! At the end, berjaya la juga. Basikal tu da ok! Fuh!  Macam mekanik expert you know! <<walaupun kak Ain je yg amik course Mechanical Engineering.
Pengalaman manis hari ini yg memberi tarbiyyah secara tidak langsung kepada ana. Hanya yg mengalami akan memahami. Perancangan kita penuh dengan cita-cita. Tapi perancangan Allah lebih indah. Dia tahu, lagi banyak kami akan peroleh dengan membaiki basikal tu berbanding keseronokan bawa basikal tu. Huhu. Thanks kak Ain, kak Nurul. This moment will be my inspiration to be brave to CYCLE! Hehe..doakan la ana cepat sikit belajar naik basikal..dakwah membutuhkan!



                                                 ana pasti boleh!

 p/s: seriyesli..ana memang pernah pandai bawak basikal, cuma da lama x praktis plus xde keyakinan diri. tu yg kena amik "kursus" bawak basikal tu. 

1 comment:

  1. Like2!!

    hehe.. moga terus dipermudahkan Allah dalam segala urusan.

    Chaiyok2!!! eqa boleh!

    ReplyDelete