Thursday, June 9, 2011

aq x mampu menjawabnya..........................

aku tak mampu menjawabnya.....
APA SEBENARNYA YANG SUDAH AKU LAKUKAN?
18 tahun sudah aku melalui hidup,
Namun, aku....................................
Masih tak mampu menjawabnya...........
Aku mula mengenang semula apa telah ku perbuat?

Adakah al-Quran telah habis ku terokai?
Adakah al-Quran telah ku fahami?
 Perintah dan larangan-Nya. Adakah aku ikuti?
Berapa ayat yang membekas di hatiku?
Berapa surah yang tersemat di memoriku?
Berapa surah yang lancar ku lafazkan?
Adakah aku telah belajar untuk membacanya?
Ketika aku beralasan “aku tak pandai bacalah”, adakah aku telah mencuba menguasainya? Mempelajarinya?
Hadis Rasulullah, tahukah aku tentangnya? Apa yang aku tahu?
Adakah sekadar unit dalam pendidikan Islam aku temuinya?
Berapa hadis yang ke hafal, apatah lagi sunnah yang ku amal?
Adakah telah ku kuasai sirah Rasulullah, para sahabat, juga sahabiah................
Pernahkah aku menghargai pengorbanan mereka itu?
Pernahkan aku teringin mencontohi mereka?
Pernahkah, aku gagahkan untuk Islam bila ia di tindas sebagaimana Rasulullah?
Selalukah bibir ku berselawat ke atasnya?
Adakah aku amalkan ajaran Islam yang di juangkan Baginda?
Sebenarnya.........kenalkah aku siapa Rasulku?
Apa ibadah sunat kegemaranku? Adakah yang aku amalkan?
adakah aku tahu erti qiamulail?
Berapa kali aku bangkit melakukannya?
Selalukah aku berzikir memujiNya, mensyukuri nikmatNya, mengakui kebesarnNya.....
Mengalirkah sedekah dari tangan ku?
Adakah puasa ku sekadar kerana Ramadhan?

 Aku seorang Muslim! Tapi adakah benar, aku seorang muslim yang beriman dan soleh?
Mengakui Allah tuhan yang Esa, mengakui Muhammad adalah kekasihNya...
Tapi....
Semua soalan itu mampukah aku menjawabnya di hadapan Allah?
Mampukah aku mengaku dengan jujur...apa yang sudah aku lakukan di dunia ini sebagai bekal,
 untuk aku menhadapi Hari perhitungan di Padang Mashyar...yakni AkHIRAT!!!!!

Adakah sudah cukup bekal kuburku?
Adakah aku pernah merasa insaf, berdosa,taubat..dan ingin kembali padaNya.....
Bilakah aku akan terus-menerus melakukan maksiat dan dosa?
Atau aku tak pernah terfikir aku sedang menambah dosaku!
Pernahkah terdetik di hatiku untuk mengingati hari pemergianku..
Bila malaikat maut datang menjemput..........................................
PERNAHKAH aku  BERFIKIR DENGAN MATA HATI TENTANG MATI!!!!!!!!!!!!!!
Yakinkah aku syurga milikku??????????????????????????????
Bila lagi akan aku mencari jawapan itu..sempatkah ku temukan?

Bila lagi aku akan menjadi Islam 100%.............
Muslim keseluruhannya....
“Wahai orang-orang Islam, masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.( surah al-Baqarah: 208)

Adakah aku tunggu hidayah tanpa aku berusaha mendapatkannya..sedangkan Allah tidak akan mengubah kecuali..aku yang berusaha mengubahnya...........(surah ar-ra’d:13)
Belum tiba lagikah masanya untuk aku memikirkan tentang agamaku..amalku..dan pengakhiranku...syurga atau neraka........
“ belum tiba lagikah waktunya bagi orang-orang beriman untuk sedikit khusyu’ mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah di wahyukan (kepada mereka).............(surah al-Hadid: 16)



2 comments:

  1. as salam..mohon share?copyrights will be reserve to you "BintangHati"

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah, ukhti. Teruskan menulis~

    ReplyDelete