AKU DAN ‘A’
Huruf ‘A’. Huruf yang mengetuai abjad. Salah satu huruf yang
membentuk perkataan yang cukup memberi impak pada manusia. Cuba fikirkan.
A is for Apple – good for human health. Yummy!
A is for Amazing – good word for praising someone. (^_^,). Amazing Race pun boleh...
A is for America-country that influence the world [hate it].
A adalah untuk Anak-anak- mereka yang di ciptakan-Nya
sebagai penyejuk mata memandang. Cuba pandang, hehe.
~anak buah yang extremely comel~
A adalah untuk Aishah – seorang mujahidah di sisi Rasulullah
SAW.
Tapi berapa ramai menggunakan huruf A menyedari......
A adalah untuk AKU –> hamba-Mu ya
Allah.
~gambar tenet~
Namun yang ingin penulis kongsikan adalah bagaimana huruf
ini memberi impak terhadap PELAJAR.
‘A’ dan pelajar
Sebagai pelajar, A adalah cita-cita, kerana ia menunjukkan
kejayaan. A mewakili gred pencapaian tertinggi.
Bahkan, sekarang nie A+ pun ada. Memastikan
slip keputusan di hiasi huruf A adalah sesuatu yang amat penting bagi mereka.
Kerana wujudnya huruf itu menentukan
jalan-jalan hidup mereka seterusnya. especially, SPM!
Dulu......A berteman nombor:
~gambar tenet lagi~
Sekarang..A berteman + / -:
~gambar tenet juga~
Dalam Akademik, A menjadi obsesi. Bukan pelajar sahaja tapi
guru-guru dan ibu bapa.
Kerana A itu bermaksud Achievement.
Kerana A diperlukan untk mencapai Ambition. Nak capai
Angan-angan pun boleh.
Kerana A itu... ..... .... .. . erk, xtau la word ape lg yg sesuai.(@_@)
Itulah kejayaan sekularisma dalam pendidikan.Knowledge is not part of religion. Even worst, far from application, theory, memorize, that's it.
Perbezaan
huruf, mengukur tahap kepandaian. Jika sudah berusaha, tapi gagal menggapai A,
ianya sama seperti orang malas yang tidak melakukan apa-apa. Pandangan manusia
yang sungguh cetek! Di mata mereka, gred
A adalah segalanya, by hook or by crook,
they need ‘A’. Hebat bukan, sekadar huruf, tapi mempengaruhi banyak
perkara.
Pelajar menjadi lupa ‘A’ itu
sebenarnya rezeki dari Allah. Ilmu yang ditimba untuk mendapatkan A sepatutnya
di gunakan memperjuangkan Agama Islam.
Pernahkah kita berfikir, perkara yang kita pelajari, kemudian berjaya
kita fahami dan ingat adalah kerana izin-Nya? Kita menjadi sedikit bijak dalam
bertindak dan melakukan usaha, atas ilham yang di kurniakanNya. Justeru,
mengapa merasa tinggi dengan A itu? Merendahlah wahai hati!
We do nothing, Allah that allow it to
happen
We own nothing, Allah that give us
everything
We are nothing, all praise in ONLY for
Allah
Because, all we need is Allah.
Sebagai pelajar, -peringatan buat diri- , kita sering memikirkan
keputusan dan bergantung pada usaha yang di curahkan. Sedangkan Allah pasti
memandang usaha dan niat kita, soal keputusan Dia akan berikan yang terbaik.
Tinggi atau rendah, itu yang terbaik. Itulah ujian bagi setiap pelajar. Setelah
berusaha semampunya, serahkanlah segala-galanya kepada Allah. In sya Allah,
walau apa pun keputusannya hati redha menerimanya.
p/s: Last message, bukankah usaha itu menjadi ibadah dengan
niat yang betul? Dan ibadah yang ikhlas, pasti membuahkan pahala kekal yang
membantu di akhirat berbanding sekeping slip keputusan yang hanya berkuasa di
dunia. think about it.
~Redha-Nya ku damba~
-eqa (^_^)-
-2.34 pm-
No comments:
Post a Comment