Saturday, January 26, 2013


AKU DAN ‘A’


Huruf ‘A’. Huruf yang mengetuai abjad. Salah satu huruf yang membentuk perkataan yang cukup memberi impak pada manusia. Cuba fikirkan.

A is for Apple – good for human health. Yummy!


A is for Amazing – good word for praising someone. (^_^,). Amazing Race pun boleh...

A is for America-country that influence the world  [hate it].

A adalah untuk Anak-anak- mereka yang di ciptakan-Nya sebagai penyejuk mata memandang. Cuba pandang, hehe.

~anak buah yang extremely comel~

A adalah untuk Aishah – seorang mujahidah di sisi Rasulullah SAW.

Tapi berapa ramai menggunakan huruf A menyedari......

A adalah untuk AKU –> hamba-Mu ya Allah.
~gambar tenet~

Namun yang ingin penulis kongsikan adalah bagaimana huruf ini memberi impak terhadap PELAJAR. 

‘A’ dan pelajar

Sebagai pelajar, A adalah cita-cita, kerana ia menunjukkan kejayaan. A mewakili  gred pencapaian tertinggi.  Bahkan, sekarang nie A+ pun ada. Memastikan slip keputusan di hiasi huruf A adalah sesuatu yang amat penting bagi mereka. Kerana wujudnya huruf  itu menentukan jalan-jalan hidup mereka seterusnya. especially, SPM! 

Dulu......A berteman nombor:

~gambar tenet lagi~


Sekarang..A berteman + / -: 

~gambar tenet juga~



Dalam Akademik, A menjadi obsesi. Bukan pelajar sahaja tapi guru-guru dan ibu bapa.

Kerana A itu bermaksud Achievement.

Kerana A diperlukan untk mencapai Ambition. Nak capai Angan-angan pun boleh.

Kerana A itu... ..... .... .. .  erk, xtau la word ape lg yg sesuai.(@_@)

Itulah kejayaan sekularisma dalam pendidikan.Knowledge is not part of religion. Even worst, far from application, theory, memorize, that's it. 

Perbezaan huruf, mengukur tahap kepandaian. Jika sudah berusaha, tapi gagal menggapai A, ianya sama seperti orang malas yang tidak melakukan apa-apa. Pandangan manusia yang sungguh cetek! Di mata mereka, gred A adalah segalanya, by hook or by crook, they need ‘A’. Hebat bukan, sekadar huruf, tapi mempengaruhi banyak perkara. 

Pelajar menjadi lupa ‘A’ itu sebenarnya rezeki dari Allah. Ilmu yang ditimba untuk mendapatkan A sepatutnya di gunakan memperjuangkan Agama Islam.  Pernahkah kita berfikir, perkara yang kita pelajari, kemudian berjaya kita fahami dan ingat adalah kerana izin-Nya? Kita menjadi sedikit bijak dalam bertindak dan melakukan usaha, atas ilham yang di kurniakanNya. Justeru, mengapa merasa tinggi dengan A itu? Merendahlah wahai hati!

We do nothing, Allah that allow it to happen
We own nothing, Allah that give us everything
We are nothing, all praise in ONLY for Allah
Because, all we need is Allah.

Sebagai pelajar, -peringatan buat diri- , kita sering memikirkan keputusan dan bergantung pada usaha yang di curahkan. Sedangkan Allah pasti memandang usaha dan niat kita, soal keputusan Dia akan berikan yang terbaik. Tinggi atau rendah, itu yang terbaik. Itulah ujian bagi setiap pelajar. Setelah berusaha semampunya, serahkanlah segala-galanya kepada Allah. In sya Allah, walau apa pun keputusannya hati redha menerimanya.






p/s: Last message, bukankah usaha itu menjadi ibadah dengan niat yang betul? Dan ibadah yang ikhlas, pasti membuahkan pahala kekal yang membantu di akhirat berbanding sekeping slip keputusan yang hanya berkuasa di dunia. think about it. 





~Redha-Nya ku damba~
-eqa (^_^)-
-2.34 pm-