KE*L+I-R.U
Tuhanku, ada masanya..
akal ini menjangkau batasan..
lelah menyapa saat berlari-lari mencari solusi,
bermipi menemui penghujung,
walhal..
keliru melingkari dalam sedar..
aku hanya mampu bergantung pada-Mu.
Sungguh, aku keliru..
Hilang dalam lautan pemikiran..
Lemas oleh ombak perasaan..
Mencari
Dan terus mencari..
Dia yang memegang dan mebolak-balikkan hati..
Maha Tahu isi hati ku..
Saat sedar ini,
Aku hanya mampu mengharap,
mengidam satu impian..
Cuma satu……………………
Satu sahaja..
Tsabatkan aku dalam perjuangan-Mu..
Teguhkan aku dalam kefuturan,
Tetapkan hatimu untuk terus berjuang sebagai insan beriman..
Yakin ku teguh padaMu..
Walau aku masih keliru..
akan terlerai jua runsing diam..
terlihat jua jalan-Mu..