Monday, February 23, 2015

10 SAHABAT RASULULLAH SAW YANG DI JAMIN SYURGA




Part II

Assalamualaikum, 

#Lambat benar menunggu part II

Bismillah..
Salam syukur masih boleh membaca, 


Sebelum baca part II, direct to the point again, hee:  Anda dah sedar belum kenapa perlu tahu dan kenal mereka ni? Kalo belum, baca sini. Part I

Ehem. Tahniah jika dah ada kesedaran. *tepuk tangan.

Justeru, post ini ringkas. Tidak perlu bicara panjang, semua sedang menunggu, dengan semangat menderu, ana suka untuk kongsikan beberapa cara mudah menghafal nama-nama sahabat berikut:

1.       Abu Bakar as-Siddiq
2.       Umar al-Khattab
3.       Utsman bin Affan
4.       Ali bin Abi Thalib
5.       Thalhah bin Abdullah
6.       Zubair al-Awwam
7.       Saad bin Abi Waqas
8.       Said bin Zaid
9.       Abdurrahman bin Auf
10.   Abu Ubaidah bin Jarrah

Cadangan saya: 

1.       Buat jalan cerita/akronim mudah untuk ingat nama-nama tersebut.

Ana buat mcm nie:

 Ada 9A, satu S.

Abu Bakar
Al-Khattab
Affan
Ali
Abdullah
Awwam
Abi Waqas
Abdurrahman
Abu Ubaidah

Saad

Ingat sebahagian dahulu, insyaAllah boleh ingat nama penuh. Usaha buat cara anda sendiri. Lebih mudah HAFAL bila kita buat sendiri.  Rajinkan otak, mula berfikir. Semakin byk kita mencuba membuat formula, kita sedang menghafal tanpa sedar. ^^,


      2.  Tenung nama-nama di atas. (tahu apa maksud tenung kan? Hee) Dah puas, pejam mata. Bayangkan semula nama-nama yang anda tenung tadi dan sebut satu persatu. ! Jangan risau buat kat tempat awam, skang memang ramai org ckp sorg. ^^,
      
      3.   Tulis semula nama-nama sahabat di atas kertas kemudian tampal di tempat yang anda selalu pandang. Mcm cermin. Bila pandang selalu, insyaAllah ingat. X percaya xpe, cuba dulu.


4.       Ketika sembang dengan kawan-kawan, cuba tanya soalan : 

“Eh, ko tahu x nama 10 sahabat yg di jamin syurga?”. 

Kalau dia tahu, Alhamdulillah dia ingatkan kita. 

Kalau dia x tahu, Alhamdulillah, kita boleh praktis untuk ingatkan dia. =)  

p/s-Kalo ada anak, boleh jugak cerita kat anak-anak kita. Hehe.

5. Paling senang, buat Wallpaper listname Sahabat Rasulullah SAW ni dekat HP/Laptop. Letak seminggu pun cukup dah. InsyaAllah. 


#terlalu banyak karya/tulisan/buku/blogpost/facebook page yang menceritakan tentang mereka yang super duper herbat ni. Next part insyaAllah, kita terjun dalam sirah mereka. Bukan sekadar nama perlu di ketahui. Tiada alasan bagi kita melupakan mereka. ^_^


Syafiqah_mujahidah
Setiap hari harus berubah_jujur pada Allah
24 Feb 2015

Sunday, February 1, 2015

10 SAHABAT RASULULLAH SAW YANG DI JAMIN SYURGA

Part I
Assalamualaikum,

Salam syukur masih boleh membaca. =) 

Direct to the point, bila baca tajuk rasa apa? Xde rasa apa2? Bagus, ana (baca saya) pun sama. *Senyum.  

Ya. Dulu ana tidak pernah ambil tahu tentang Sahabat Nabi. Dan ana rasa ramai yang sedang membca post ini juga pernah atau sedang bersikap tidak kesah tentang sirah sahabat. 

Sebab???

Tiada kesedaran kenapa perlu tahu.

>Sirah di ceritakan semula kepada kita sebagai satu pengajaran HEBAT. Malah Allah menjadikan kita merasa kuat dan teguh dengan mengetahui sirah, seperti mana Nabi Muhammad SAW dahulu bertahan dengan sirah rasul sebelumnya. Allah berfirman:

“Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritkan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu, dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman” 
[QS Hud, 11: 120]

Dalam sirah pun ada 3 in 1! = Kebenaran + Nasihat + Peringatan ^_^

Sebab tu, kisah para Sahabat tentang siapa mereka, apa sumbangan meraka, apa ujian mereka, perlu kita ambil tahu untuk menjalani hidup dengan mencontohi MUKMIN unggul seperti mereka.

Tiada rasa penting untuk tahu.

>"Kalau tahu pun, bukan masuk final exam kan? Belajar sejarah Form 5 kenal 4 Khalifah dah cukup. ==” erk. 

Mungkin tahu kisah 10 sahabat ni bukan urgent, tapi IMPORTANT sebab bila kita dalam situasi URGENT dengan ujian dan dugaan, kita akan tahu bagaimana nak bertahan sebab kita belajar dari sirah 10 sahabat Rasulullah SAW melalui ujian dari Allah.

Tiada rasa cinta pada mereka.

>Para sahabat adalah orang sangat-sangat hebat dan teguh keimannya. Mereka adalah generasi pertama beriman dan terbukti sangat besar cintanya kepada Allah dan Rasul. Dan kita sewajarnya mencintai orang yang sgt mencintai Allah, kerana ianya membawa kita lebih dekat, lebih cinta pada Allah.


Kadang-kadang, ramai dari  kita pun, meski sudah di tarbiah, bila soalan tsaqafah tentang 10 sahabat di jamin syurga ini, jarang ada yang ingat semuanya. Jika di tarbiah sahaja begitu, apatah lagi yang tidak pernah dengan tentang sirah sahabat. ??

Justeru, ana memilih untuk mulakan Siri penulisan ini dengan harapan kita semua:

·         Part I : Menyedari kepentingan dan mahu untuk tahu siapa mereka
·         Part II: Mampu menghafal nama-nama sahabat hebat ini
·         Part III: Bisa menghayati pengorbanan mereka

dan akhirnya sama-sama mencontohi perjuangan mereka.

#Banyak lagi sahabat2 Rasullullah SAW yang boleh kita explore kisahnya. @o@
#Wait for next part k ^^,
#Trauma accident kurang bila ingat ujian para sahabat. Y


Syafiqah_mujahidah
Ujian Allah itu Indah
1 Feb 2015