Tuesday, January 27, 2015

Kerana Dia aku menulis


Salam cinta atas namaNya, (^_^,)


Assalamulaikum, 

sekian lama, aku mengunci diri. jujur. aku suka menulis, #serius ni. =) 

namun jarang ku prioritikan dengan kesungguhan, lalu tiada disiplin dan fokus.

sehingga suatu saat aku menemukan Inspirasi Iman-sebuah program televisyen indonesia yg x pernah gagal membasuh jiwaku- tajuk nya: Menebar kebaikan lewat tulisan. 

boleh klik sini kalo nak tengok jugak: https://www.youtube.com/watch?v=pkbYqSdb2E4

Akhirnya, aku terinspirasi untuk menulis kembali dengan izin Tuhan. Tersentap dengan dua hujah Felix Siauw-seorang mualaf yg tekun berdakwah-katanya, menulis memberikan kita dua perkara besar: 

1. Umur yang lebih dari umur kita - kerana tatkala kita membaca, kita mendapat ilmu yang mungkin kita dapatkan di usia kemudian, tapi kerana tulisan, kita jadi lebih berilmu berbanding usia

2. Bekal untuk akhirat - buku, tulisan, yang kita titipkan atas niat mencari keredhaanNya, akan terus menjadi bekal akhirat, walau saat kita sudah bertemu Dia.

Dari tulisan, dunia boleh berubah. 
Dari tulisan, manusia boleh berubah. 
Dari tulisan, kita boleh mengubah. 

Aku yakin, aku belum terlambat menyedari hakikat itu. 

Lalu, dengan kesedaran baru, ku susun keazaman lantas aku mencari blog usang ini.  blog yg sudah lama ku abaikan. aku ingin memulakan pena dakwah. InsyaAllah. 

Telah ku mulakan dengan Rubrik Anjakan Paradigma dalam Majalah Sinergi-ada lah dalam beberapa edisi. #so jangan lupa support ye. 


Majalah Sinergi Edisi 1 - bermulanya dakwah pena 

#kerana Dia, aku menulis. Kerana hanya redhaNya ku damba. 

syafiqah_mujahidah
27 Jan 15
Kota Kinabalu


InsyaAllah, nanti nak terbitkan buku dengan Synergy Media